MOTIVASIKENDIRIDOTCOM

Setelah sekian lama kita disajikan dengan kemahiran-kemahiran teknikal untuk berjaya seperti usahawan internet yang diajarkan teknik-teknik berniaga dalam talian, usahawan MLM yang diajar tentang formula-formula pemasaran, pelajar-pelajar pula diajar teknik-teknik menjawab soalan dan sebagainya, namun peratusan yang berjaya memanfaatkan apa yang mereka belajar adalah merupakan suatu peratusan yang kecil berbanding mereka yang masih terkial-kial untuk menjayakan usaha mereka untuk berjaya. Bukannya mereka tidak pandai dalam teknik-teknik tersebut tetapi sebenarnya mereka gagal untuk syncronize kemahiran itu dalam diri mereka.

Mereka mungkin faham tentang teknik-teknik tersebut, tetapi kelemahan mereka untuk bertindak menjadikan mereka menghadapi jalan sukar untuk berjaya. Mereka tidak memiliki kemahiran untuk memotivasikan diri sendiri, meresetkan minda mereka dan mengawal emosi untuk bertindak. Bukannya mereka tidak ada kebolehan teknikal tetapi hanya tidak ada kebolehan neoro physiology (mind-body relationship) untuk bertindak.

MOTIVASIKENDIRIDOTCOM akan menunjukkan kaedah yang berkesan untuk memotivasikan diri sendiri, menzahirkan kekuatan dalaman, berani bertindak dan memulakan langkah, meningkatkan keyakinan dan kemahiran berfikir aras tinggi @ KBAT.

Monday, November 24, 2014

BENGKEL KEPIMPINAN : THRONE OF LEADERS



  1. INSENTIF PEMBANGUNAN SAHSIAH HEBAT
  2. INSENTIF PEMIMPIN TERPIMPIN
  3. MOTIVASI KEIBUBAPAAN CEMERLANG
  4. KUALITI KERJA YANG BERKUALITI
  5. PERSUASIF DALAM DEMONTRASI IDEA
  6. POSITIVE BEHAVIOR FOR POSITIVE RESULT

Konsep "MIND BODY RELATIONSHIP" boleh menghasilkan fenomena kuasa dalaman diri untuk meneroka elemen-elemen kejayaan yang sebenar dalam diri seseorang.
Kemahiran mengendali dan mengawal emosi serta tingkahlaku menjadikan seseorang itu berkeyakinan dan lebih positif dalam hidup.
Ia membuahkan hasil kerja, sahsiah dan kreativiti yang lebih effisien dan sempurna.


Sunday, October 26, 2014

MOTIVASIKENDIRIDOTCOM

Anda menyangka untuk berjaya cukup dengan mempelajari teknik-teknik terkini tetapi apabila anda mula untuk mengambil tindakan macam-macam masalah mula muncul dalam hidup anda. Disebabkan itu hampir semua yang anda lakukan mengecewakan diri anda. Anda sudah tahu banyak perkara tetapi rupa-rupanya ia belum mencukupi untuk anda bertindak. Apakah halangan-halangan yang membantutkan usaha anda itu.

Anda bingung memikirkan kenapa anda lakukan apa yang anda lakukan. Kenapa tindakan anda kadang-kadang membuatkan orang lain marah dan kecewa dengan anda. Mereka yang berada disekeliling anda ingin menjauhkan diri dari anda malah ada yang takut pada anda tidak mahu langsung berkawan dengan anda. Anda mula merasakan bahawa diri anda tidak diperdulikan lagi.

Demikian adalah beberapa contoh yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang. Mereka ingin berjaya, disayangi dan dihormati oleh semua orang. Pelbagai usaha yang mereka lakukan masih belum memberi keputusan yang diinginkan. 

Kekuatan sebenar bukanlah pada tubuh badan yang sasa, lengan yang besar dan sebagainya tetapi ia terletak pada kekuatan dalaman diri seseorang. Orang yang berjaya sering dikaitkan dengan kekuatan dalaman mereka yang hebat. Kemampuan orang seperti ini dalam menghadapi cabaran kehidupan amatlah tinggi. Sebenarnya ia terletak kepada kemahiran mereka mengendali dan mengawal elemen-elemen dalaman diri mereka yang ada pada semua orang juga.

Dalam diri kita terdapat elemen-elemen yang boleh kita ransangkan menjadi tenaga yang memberi kesan terhadap sistem tubuh badan. Apabila ia diransangkan, tindakan kimia dalam tubuh mula terjadi dan disalurkan melalui sistem saraf kita. Pada ketika itu seseorang itu akan mengalami perubahan dari segi pemikiran dan emosinya. Samada anda rasa gembira, seronok, marah, kecewa dan sebagainya bergantung kepada bagaimana anda mengawal anderilina anda.

Ringkasnya kejayaan anda bukan saja bergantung kepada kemahiran-kemahiran teknikal sahaja tetapi kemahiran mengendali pemikiran dan emosi anda juga adalah merupakan suatu yang sangat penting. Seorang pekerja yang ingin berjaya mesti mahir mengendali kuasa dalaman mereka. Pelajar yang ingin berjaya dan menjadi hebat mesti mahir mengendali kuasa dalaman mereka. Yang penting apa yang kita inginkan sebenarnya adalah sesuatu yang akan membahagiakan kita dimasa akan datang.